Promosi Bahasa Melayu Perlu Ditingkatkan

Bangi, Malaysia - Bahasa Malaysia mempunyai potensi besar menjadi bahasa perniagaan dan pertuturan di peringkat global jika promosi untuknya dipertingkatkan bagi menarik lebih banyak pelajar luar negara untuk mempelajarinya.

Perkara ini dipersetujui secara kolektif oleh para peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Malaysia (PABM) 2015 ketika ditemubual Utusan Online selepas sesi saringan pertama pertandingan yang kini memasuki tahun ke-sembilan penganjuran.

Rata-rata mereka yang ditemubual menyatakan, ramai pelajar luar negara berminat untuk mempelajari bahasa kebangsaan ini kerana rantau Asia Tenggara merupakan kawasan ekonomi baharu berpontensi besar.

Ketika ini, Bahasa Malaysia kurang dipromosikan di peringkat antarabangsa berbanding Bahasa Indonesia menjadikan bahasa berkenaan lebih banyak dipelajari oleh para pelajar di benua Eropah dan Afrika.

Ikuti laporan video yang disediakan oleh wartawan Utusan Online, Nurulanuar Mansor dan juruvideo, Azman Ahmad bagi mengetahui lebih lanjut pendapat merela mengenai bahasa kebangsaan negara ini.

-

Arsip Blog

Recent Posts