Perkukuh Jati Diri Melayu dengan Kenali Budaya Bangsa

Georgetown, Malaysia - Generasi muda Melayu harus mengenali dan memahami akar budaya bangsa demi memperkukuh jati diri tidak kira di mana jua mereka berada.

Pengurus Besar Dewan Pembina Angkatan Muda Melayu Indonesia (Ammi), Zaidan BS, berkata pemahaman terhadap nilai yang terkandung dalam budaya Melayu secara tidak langsung dapat menghubungkan bangsa itu tanpa mengira sempadan negara.

"Bangsa Melayu itu bertebaran di merata-merata. Dari negeri-negeri dinusantara hinggalah ke Cape, Afrika Selatan ... kita datang dari akar dan ideologi yang sama iaitu Melayu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian dalam Festival Kebudayaan dan Kesenian Melayu 2014 anjuran Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang.

-

Arsip Blog

Recent Posts