Melayu Berasal dari Timur Tengah

Melaka, Malaysia - Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar), berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi, Zaharah Sulaiman.
Beliau berkata, penemuan tersebut didukung bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu.
"Dari segi genetik, kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dengan negara di utara khususnya dari Yunan tetapi DNA orang Melayu sama dengan orang Timur Tengah.
"Kajian ini penting karena DNA menentukan keturunan dan asal usul kita. Penemuan baru ini amat kuat dan boleh dipertahankan," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Simposium Serantau Asal Usul Melayu Menelusuri Tunjang Melayu di Melaka, semalam.
Mohd Ali berkata, hasil kajian ini akan dibukukan dan bakal diterbitkan untuk kalangan umum. Sementara itu, Dr Nik Hassan Suhaimi berkata, teori bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah juga dapat dibuktikan melalui tiga pendekatan kajian iaitu ethno-linguistik (bahasa), turun naik paras laut (geologi) dan kebudayaan material (artifak). [Bernama,
-

Arsip Blog

Recent Posts