Tambo Keramat, Angkat Superhero Melayu

Kuala Lumpur, Malaysia - Tambo Keramat bukanlah sebuah mitos, sebaliknya kisah realiti sebuah masyarakat yang mewarisi semangat warisan Minangkabau dari Pagar Ruyong daerah keramat.

Menariknya, kisah ini menjadi tarikan semangat kepada penduduk Naning dalam era pra kemerdekaan. Di atas rasa tanggungjawab menyambung kecintaan masyarakat Naning terhadap warisan ini, Twinzone Sdn Bhd telah mengangkat kisah perjuangan Tambo Keramat ke pentas teater.

Sedikit mengenai karya hebat ini, ia berkisarkan Dol Said yang merupakan seorang pahlawan Naning berjuang menentang British demi mempertahankan maruah bangsanya.

Mengulas mengenai teater sentuhan Syahmi Hassan ini, sebenarnya bukan mudah hendak menarik perhatian penonton menyaksikan karya ini sementelah segelintir peminat teater lebih tertumpu kepada karya-karya yang lebih ringan atau pun muzikal.

Bagaimanapun, di sebalik keistimewaan karya ini, siapa sangka ia mendapat respons cukup baik daripada penonton.

Malah, pementasan yang berlangsung selama tiga malam bermula 20 hingga 22 November lalu itu, dimanfaatkan sebaiknya oleh peminat seni teater.

Sehinggakan kerana kehebatan Tambo Keramat, ada di antara penonton yang sanggup menontonnya berulang kali. Lebih-lebih lagi teater ini didukung oleh teraju utama yang bukan calang-calang pelakonnya seperti Mubarak Majid, Zaidi Omar dan Vanidah Imran.

Menyentuh mengenai pelakon-pelakonnya, sama ada Mubarak Majid (Dol Said), Zaidi Omar (Said Saaban) dan Vanidah Imran (Srikandi Desa), berjaya menyampaikan lakonan mereka dengan baik pada malam berkenaan.

-

Arsip Blog

Recent Posts