Kuala Lumpur, Malaysia - Pameran yang memenangi anugerah global yang mendedahkan 1000 tahun kegemilangan sains dan teknologi dalam tamadun Islam, '1001 Penemuan', kini diadakan di Pusat Sains Nasional hingga 28 Feb 2014.
Pengarah Operasi Science Discoveries Sdn Bhd David Oh Seong Keat berkata pemilihan Malaysia sebagai tempat pameran perdana Asia adalah sebuah peristiwa penting bagi industri pameran Negara. Ini membuktikan bahwa Malaysia layak menjadi tuan rumah pameran yang diiktiraf antarabangsa.
"Pameran 1001 Penemuan ini akan memperkenalkan rakyat Malaysia kepada dunia sains dan teknologi yang akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi perintis kepada pemikiran masa depan.
"Menghelat sebuah pameran tingkat dunia seperti 1001 Penemuan di Malaysia juga akan menyemarakkan industri pelancongan negara Memandangkan pameran ini adalah unik dan bertaraf antarabangsa," kata Davis.
Dibahagikan kepada lima zona, pameran itu menghasilkan semula beberapa penemuan paling hebat zaman pertengahan dan mempengaruhi kehidupan seharian yang dilalui hari ini yang dibawa tamadun Islam.
Ia memaparkan pelbagai jenis eksibit, pameran interaktif dan penyandiwaraan yang menunjukkan bagaimana penemuan modern, merangkumi bidang kejuruteraan, tenaga hijau, matematik, perubatan dan arkitek yang boleh dikesan sehingga kepada tamadun Islam.
Dengan diundi sebagai pameran terbaik dunia oleh Museum and Heritage Excellence Awards di London pada 2011, 1001 Penemuan itu menerima kunjungan lebih tiga juta pelawat dan lebih 60 juta melalui online sejak ia diadakan di London, Turki, New York, Los Angeles, Washington, Abu Dhabi, Dhahran, Doha, dan Karlstad.
Pameran dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 5 petang dengan RM20 dikenakan bagi orang dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Harga paket bagi keluarga RM60 (dua dewasan dan dua kanak-kanak), dan RM15 bagi pelajar berumur 17 tahun ke atas dengan membawa kartu pelajar dan warga emas.
Sumber: http://www.bernama.com